WELCOME TO MY LITTLE BLOG. Dashboard | +Follow
圁●fayysyeeda●圁



PROFILE LINKS CBOX
FB TWITTER ENTRY
Zain Saidin Nekad Padam Instagram
Pelakon Zain Saidin berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang sedang hangat bercinta dengan aktres Rozita Che Wan nekad untuk memadam akaun laman sosial Instagram miliknya kerana tidak tahan dengan segala komen negetif yang diterimanya. Zain mengambil keputusan untuk memadamkan akaun Instagram nya dalam masa 24 jam dan kini akaun tersebut telahpun tiada lagi.
Menurut Zain, dia terkilan dengan situasi yang menimpa Rozita Che Wan. Tindakan dia memuat-naik gambar kekasihnya yang beraksi seksi itu bukan untuk mencalarkan imej Che Ta tapi sebaliknya sekadar tanda cinta dan betapa seriusnya hubungan mereka.
“Saya muat naik gambar tu semata-mata nak tunjuk kepada masyarakat bahawa kami semakin serius. Tentang seksi, saya tak kisah apa pandangan orang mengenai perkara itu,” jelas Zain.

Apabila ditanya tentang pemakaian Rozita Che Wan yang semakin seksi sejak akhir-akhir ini, Zain segera mempertahankan kekasihnya itu. Apa lagi bila Rozita Che Wan sendiri tampil memberikan kenyataan bahawa “Seksi Itu Hak Saya”.
“Dia memang suka pakai macam tu (seksi) sejak dulu lagi. Dia juga memang suka bersolek tebal dan berbulu mata palsu. Tapi itulah Rozita yang saya kenal. Saya pasti semua orang pun dah tahu dia memang macam tu (seksi). Walaupun ada segelintir pihak tidak suka kami bersama, namun jika itu jodoh kami, saya terima” kata Zain.





thanks for reading

older post newer post