Aizat Akui Cuba Dekati Zee Avi
Penyanyi Aizat yang memenangi Anugerah Juara Lagu baru-baru ini menerusi lagu Yuna mengakui sedang berkawan rapat dengan penyanyi Zee Avi namun hubungan itu belum sampai ke tahap yang serius kerana sedang mengenali antara satu sama lain.
“Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya. Dan Ya… kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hububungan kami rapat sejak tahun lalu,” Jelas Aizat.
Menurut Aizat khabar angin mula tersebar sejak dia dilihat sering keluar bersama artis wanita itu dan Aizat turut menyatakan bahawa dia dan Zee sebenarnya dalam proses menghasilkan lagu bersama.
“Kami memang ada buat sebuah lagu bersama untuk dimuatkan dalam album saya nanti, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan,” Ujar Aizat lagi.
Post a Comment